Bantuan berbentuk tunai secara bulanan merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan.
Pelbagai bantuan tunai telah diperkenalkan khusus untuk golongan yang memerlukan itu mengikut kategori.
Kategori ini merangkumi golongan-golongan yang rentan serta memerlukan agar kehidupan harin mereka dapat diteruskan dengan baik.
Salah satu bantuan tersebut adalah seperti di bawah:
Bantuan RM450
Bantuan RM450 adalah berbentuk insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
RM450 sebulan seorang untuk elaun EPOKU.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan
Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:
- Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
- Tekan ‘Carian Dokumen’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
- Masukkan nombor akaun bank anda
- Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
- Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
- Tekan butang ‘Cari’
- Maklumat pembayaran akan dipaparkan
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.
Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.