Dalam usaha untuk memastikan akses kepada kesihatan dan perubatan yang berkualiti, Bantuan Kesihatan dan Perubatan untuk Ibu Tunggal merupakan aspek yang penting dalam menyokong kesejahteraan dan kesihatan.
Dengan menyediakan bantuan yang penting ini, langkah ini tidak hanya membantu mengurangkan kos perbelanjaan kesihatan ibu tunggal tetapi juga membantu dalam memelihara kesihatan fizikal dan mental kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan.
Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang
Perkhidmatan di bawah Iltizam Selangor Penyayang (Dahulu Inisiatif Peduli Rakyat IPR)
Iltizam Selangor Penyayang bermula Julai 2022 adalah kesinambungan polisi dan program Negeri Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat melalui manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermaustatin di Selangor sekurang-sekurangnya 10 tahun.
- Pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah.
Sila layari portal rasmi Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang untuk maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.