Bantuan Persediaan Ramadhan RM400 Untuk Asnaf – Menjelang Ramadhan tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mula mengagihkan Bantuan Persediaan Ramadhan.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM400 bagi setiap ketua isi rumah golongan asnaf fakir, manakala isi rumah golongan itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.
Penerima kategori asnaf miskin pula akan menerima RM250 bagi setiap ketua isi rumah dan isi rumah kategori itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.
Pihak Kerajaan negeri menerusi Zakat Melaka memperuntukkan RM6.5 juta untuk diagih kepada lebih 10,000 golongan asnaf di negeri berkenaan.
Bantuan Khas Kewangan
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Melaka juga memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM2,000 di bawah Belanjawan 2024 Negeri.
Bantuan khas itu diberikan kepada seramai 4,400 kakitangan awam termasuk berstatus kontrak dengan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta.
“Selama saya mentadbir urus Melaka dalam tempoh lapan bulan ini mereka memberi kerjasama yang baik dan mereka menghasilkan kerja yang baik.
“Jadi bagi menghargai jasa penjawat awam ini saya telah berunding dengan pegawai kewangan negeri dan juga setiausaha kerajaan negeri maka kita umumkan minimum bonus yang akan kita berikan adalah RM2,000 dan setengah bulan gaji,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pembayarannya akan dibuat kepada yang layak bermula sejak bulan Februari dan Mac 2024.
Berita Harian Online
MASJID TANAH: Kerajaan negeri menerusi Zakat Melaka memperuntukkan RM6.5 juta untuk diagih kepada 10,420 golongan asnaf di negeri itu sebagai bantuan persediaan menjelang Ramadan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bantuan menerusi zakat fitrah itu diagih kepada golongan asnaf termasuk fakir dan miskin serta mualaf yang layak.
Daripada jumlah penerima itu, katanya. 220 orang adalah golongan fakir diikuti 8,200 golongan miskin serta 2,000 kumpulan mualaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Alhamdulillah, kesedaran orang ramai berhubung pembayaran zakat di negeri ini semakin baik.
“Zakat Melaka merekodkan peningkatan jumlah kutipan tahun lalu iaitu RM128.3 juta berbanding RM118.3 juta pada 2022, meningkat hampir RM10 juta,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata demikian pada majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan (Asnaf) MAIM dan Program Back To School DUN berkenaan di Kampung Pulau di sini, hari ini.
Ab Rauf berkata, MAIM turut bersetuju menyalurkan Bantuan Persediaan Ramadan kepada golongan asnaf fakir sebanyak RM400 bagi setiap ketua isi rumah, manakala isi rumah golongan itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.
Katanya, penerima kategori asnaf miskin akan menerima RM250 bagi setiap ketua isi rumah dan isi rumah kategori itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.
“Bagi Bantuan Fidyah iaitu hasil bayaran denda atau fidyah oleh saudara Islam, setiap fakir dan miskin akan menerima RM150 seorang dan hanya layak untuk tujuan pembelian barangan keperluan makanan seperti ditetapkan syarak.
“Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan asnaf membuat persiapan menyambut Ramadan,” katanya.
Sumber Berita Harian
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.