Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan BPT.
Kadar Bantuan
Berikut merupakan Kadar Bantuan BPT:
- RM500 Sebulan Seorang.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000; Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar/Pesakit kronik terlantar (BPT)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.