Skip to content

Bantuan MyKad Sebanyak RM200 Dikreditkan Oktober 2024

Bantuan MyKad Sebanyak RM200 Dikreditkan Oktober 2024 – Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya isi rumah dalam kategori B40 dan miskin tegar, dengan memberikan sokongan kewangan yang penting bagi meringankan beban kos sara hidup.

Penerima bantuan ini layak menerima jumlah kredit yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka, memudahkan mereka dalam penggunaan dan pengeluaran bantuan tersebut.

Kategori Penerima Bantuan

Untuk makluman, Bantuan RM200 dalam MyKad Madani terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:

  • Isi rumah yang B40
  • Miskin tegar

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bantuan dikreditkan:

  • Isi Rumah: RM100
  • Bujang: RM100

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan kriteria yang perlu dipenuhi oleh para pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal
  • Mempunyai anak/tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
  • Tarikh Kredit MyKad Madani Bantuan RM200

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – klik DI SINI

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my  maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.