Bantuan Menyelesaikan Hutang Untuk Rakyat Kuala Lumpur dikenali sebagai Al-Gharimin. Bantuan ini diberikan oleh Majlid Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Terdapat pelbagai bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Salah satu bantuan tersebut dikongsikan di halaman ini, bagi mereka yang memerlukan boleh mohon dan semak informasi ini.
Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
Bantuan Menyelesaikan Hutang adalah bertujuan untuk membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan perlindungan.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan (Borang Permohonan)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
- Surat akaun sumpah/ bil/ resit / notis tuntutan ASAL daripada pemiutang
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
- Keluarga bercerai. Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
- Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
- Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Cara Memohon Bantuan
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.