Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan.
“Bulan Disember 2024 ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari 2025 ada bonus. Alhamdulillah.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan reaksi tersebut semasa membentangkan peruntukan khas untuk golongan penjawat awam menerusi Belanjawan 2025. Pembentangan tersebut menekankan usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan penjawat awam terus terjamin melalui pelbagai inisiatif yang dirancang.
Dalam ucapannya, Anwar turut menekankan kepentingan komitmen tinggi daripada semua kakitangan awam. Beliau mengingatkan bahawa bantuan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan perlu disambut dengan dedikasi serta tanggungjawab dalam menjalankan tugas seharian demi kepentingan rakyat dan negara.
Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terus terpelihara, kerajaan telah mengumumkan beberapa peruntukan penting. Antaranya adalah peruntukan melebihi RM1.8 bilion yang akan digunakan untuk membina, menyelenggara, dan membaik pulih kuarters penjawat awam di seluruh negara.
Peruntukan ini merangkumi pelbagai jenis kuarters termasuk untuk guru, doktor, anggota polis, bomba, kakitangan penjara, serta Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan tempat tinggal penjawat awam terjamin, sekaligus menyokong kesejahteraan mereka dan keluarga.
“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya.
Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.
Anwar berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.
Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.
“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.
Berikut infomasi lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam dan Pesara 2025 yang diperincikan oleh JPA.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2025)
- YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
- Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
- BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
- Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967
Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025
Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada 25 Februari 2025.
Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/
Kenaikan Gaji SSPA & Pencen
Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam telahpun menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.