Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.
“Bulan Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus. Alhamdulillah.”
Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025.
Beliau turut mengingatkan kakitangan awam untuk terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.
Sementara itu bagi terus memelihara kesejahteraan penjawat awam, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.
Perdana Menteri, berkata ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya.
Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.
Beliau juga berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.
Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.
“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
- Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
Sementara itu, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia.
Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025
Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada Februari 2025.
Menurut jadual rasmi, tarikh gaji pada bulan Februari 2025 adalah pada 25 Februari 2025. Lazimnya, bayaran ini akan disekalikan dengan gaji pada bulan tersebut.
Kenaikan Gaji SSPA & Pencen
Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam bakal menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.