Bantuan Khas Aidilfitri Pahang bernilai sebanyak RM1200 pada tahun 2023 diberikan setiap seorang kepada semua 8,000 penjawat awam.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengumumkan bantuan tersebut dan berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan kewangan itu kepada empat lagi kategori penerima melibatkan nilai RM500 dan RM200.
Bantuan RM500 diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dan Tok Batin manakala RM200 kepada Setiausaha JPKK, yang keseluruhannya melibatkan 2,773 orang.
Selain itu, bantuan RM200 juga diberikan kepada 700 anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,500 pesara kerajaan negeri dan 7,000 ibu tunggal miskin di negeri Pahang.
Semoga para penerima bantuan itu dapat meringankan beban penerimanya dalam membuat persiapan hari raya tahun ini.
Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2023 Khas Penjawat Awam Negeri Pahang
Bantuan Khas Aidilfiri Negeri Pahang tahun 2023 ini merangkumi lima kategori dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM12,956,900.
Kategori Pertama – RM1,200
Bantuan ini akan diberikan kepada 8,000 penjawat awam Negeri Pahang
Kategori Kedua – RM200
Akan diberikan kepada 700 anak yatim berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kategori Ketiga – RM200
Bakal dimanfaatkan kepada 4500 Pesara Kerajaan Negeri
Kategori Keempat – RM200
Akan diberikan kepada 700 ibu tunggal miskin
Kategori Kelima – RM500
Untuk Pengerusi JPKK, Timbalan Pengerusi JKKR, Pengerusi JPKKOA, Tok Batan dan Setiausaha JPKK sebanyak RM200.
Tarikh Bantuan Disalurkan
Setakat ini tarikh bantuan rasmi belum diumukan namun bantuan ini akan dikreditkan sebelum 1 Syawal nanti.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.