Bantuan Kewangan Sebanyak RM350 Untuk B40 – Pihak kerajaan sentiasa komited dalam memberi bantuan dan sumbangan khas untuk golongan berpendatan rendah dan terjejas. Ianya bagi memastikan golongan ini (B40) dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
Sama seperti tahun sebelumnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa akan memberi sumbangan dan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia khusus untuk individu yang terjejas. Walaubagaimanapun, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan.
Oleh itu, pada kali ini kami akan kongsikan maklumat terperinci mengenai sebuah bantuan iaitu Bantuan Am Persekutuan (BAP) berserta cara untuk membuat semakan status kelayakan. Ikuti perkongsian dibawah ini.
Bantuan Kewangan Sebanyak RM350 BAP 2024
Untuk makluman anda, pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan (BAP 2024).
Bantuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KADAR BAYARAN BAP 2024
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :
- Minimum : RM100
- Maksimum : RM350
Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.
SYARAT KELAYAKAN
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan setiap permohonan bantuan ini, antaranya :
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
CARA MOHON
Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :
- Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
- muat turun borang permohonan.
- Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
- Daftar permohonan mengikut negeri.
- Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan.
Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI
SEMAKAN STATUS BAP 2024
Berikut adalah cara untuk membuat semakan permohonan bagi bantuan JKM ini :
- Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
- Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
- Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.