Bantuan Kebajikan EPOKU RM450 setiap bulan diberikan kepada pemohon yang layak. Insentif ini diberikan bagi menggalakkan orang kurang upaya (OKU) terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kebajikan EPOKU yang diperkenalkan:
Bantuan Kebajikan EPOKU
Bantuan kebajikan EPOKU atau nama penuh Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya merupakan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi menggalakkan golongan OKU terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.
Kadar Bantuan Kebajikan EPOKU
Kadar Bantuan Keabjikan EPOKU yang ditetapkan adalah sebanyak RM450 setiap bulan. Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah.
Cara Memohon
Untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Namun begitu, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon disarankan membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, termasuk Borang Permohonan boleh dilihat di Portal Rasmi JKM (DI SINI).
BORANG PENTING UNTUK MEMOHON BANTUAN
Selain itu, pihak JKM juga ada memperkenalkan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Permohonannya juga seperti EPOKU iaitu boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.