Bantuan Kebajikan BSHPU RM450 yang dikreditkan setiap bulan ini adalah bantuan yang diperkenalkan di bawah Yayasan RISDA, dan bagi tahun 2024 ini terdapat beberapa maklumat yang perlu diketahui.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang telah diperkenalkan ini: –
Bantuan Kebajikan BSHPU RM450
Bantuan kebajikan BHSPU, dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU) adalah sebuah bantuan kewangan secara bulanan yang telah diperkenalkan oleh Yayasan RISDA. Objektif utama bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan makan / minum, pembelian buku dan lain-lain kepada anak-anak para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM15 sehari atau maksimum RM450 sebulan bagi seorang pelajar. Bantuan ini juga diberikan secara bulanan, sesuai dengan tujuannya iaitu bagi meringankan beban pelajar yang layak.
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pelajar yang telah mendaftar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) berumur bawah 25 tahun;
- Had maksimum pendapatan isi rumah RM4,849 atau kategori pendapatan B40 semasa;
- Pelajar peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di UCAM sahaja. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama;
- Bantuan semasa sesi pengajian mulai tarikh pendaftaran hingga 1 hari sebelum tarikh cuti semester tetapi tidak termasuk semasa cuti semester dan semasa menjalani Latihan Industri yang dibayar elaun;
- Keputusan Purata Nilai Gred (PNG) pelajar sekurang-kurangnya 2.5 pada setiap semester;
- Pelajar bebas daripada tindakan tatatertib dan kesalahan jenayah.
Untuk mereka menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU) ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan SKIM 1/2024 secara lengkap dan benar. Borang juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di borang permohonan dan perlu disahkan.
Boranng dan lampiram dokumen-dokumen sokongan (disahkan) yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN RISDA TINGKAT 12B, MENARA A JALAN AMPANG ULU 3, 55000 KUALA LUMPUR
Untuk maklumat lebih jelas – pemohon atau mereka yang berminat adalah disarankan untuk membaca pekeliling berkaitan bantuan ini – DI SINI
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan di kepada pegawai Yayasan RISDA di talian 03-48157251 atau e-mel: yayasanrisda@gmail.com.
Yayasan RISDA adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Ke-224 pada 21 Februari 2013. YR merupakan Syarikat Berhad tanpa modal saham yang tertakluk kepada Akta Syarikat 1965. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan pada tanggal 22 Disember 2015. Yayasan ini mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.
Obejektif utama Yayasan RISDA adalah:
- Untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan serta kelaparan masyarakat di luar bandar khususnya;
- Mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, ransangan sosio-ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan;
- Mewujud dan menyediakan inisiatif atau dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.