
BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2025 SEHINGGA RM250 SEBULAN.
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan salah satu bantuan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mungkin anda diantara tidak tahu mengenai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini.
Kanak-kanak di negara ini berpeluang untuk terima bantuan kewangan secara tunai dan yang menariknya ianya akan disalurkan setiap bulan.
Sekiranya anda ingin melakukan permohonan bantuan kanak-kanak ini, anda perlu ketahui beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada Belanjawan 2025 lalu, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran khas bagi golongan kanak-kanak di negara ini. Ini sejajar dengan peningkatan peruntukan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah ditingkatkan daripada RM2.4 bilion pada tahun ini kepada RM2.9 bilion.
Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
KADAR BANTUAN KANAK KANAK JKM 2025
Ketika pembentangan belanjawan 2025 Oktober tahun lalu, kerajaan telah bersetuju akan menaiktaraf kadar bantuan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Kadar bayaran Bantuan kanak-kanak adalah :

Untuk makluman anda semua, setiap satu keluarga yang memenuhi kriteria kelayakan, mereka akan terima bantuan maksimum RM1000.

SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan. Ianya bertujuan agar bantuan ini dapat disalurkan kepada kanak-kanak yang layak. Antaranya adalah :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2025
Sila ikuti panduan dibawah bagi sebarang permohonan :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Warga Emas ini, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat :
https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.