Cara Mohon Bantuan Kad Perak Sejahtera

Cara Mohon Bantuan Kad Perak Sejahtera – Kad Perak Sejahtera, yang sebelum ini dikenali sebagai kad Perak Prihatin, adalah program bantuan di bawah inisiatif Program Perak Prihatin.

Program ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan komitmen yang tinggi untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak terus meningkat dan berkembang dengan baik.

Bantuan Kad Perak Sejahtera

Perak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup kumpulan ini, melalui bantuan kewangan.

Di bawah program ini, penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka. 

Pada tahun 2025 ini, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.

Untuk pengetahuan anda, program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan yang menerima manfaat telah meningkat kepada seramai 19,012 penerima.

Manfaat Program

Bermula Januari 2024, kesemua pemegang Kad Perak Sejahtera akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad ini. 

Manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari, tahun 2024. 

Semakan Kelayakan Kad Perak Sejahtera

Anda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di halaman https://member.perakprihatin.com/site/login

Pengaktifan & Cara Penggunaan Kad

Setelah mendaftar dan memperoleh kad ini anda perlu melakukan pengaktifan kad sebelum anda boleh menggunakannya. Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp#home .

Cara Penggunaan Kad Perak Sejahtera

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  3. Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran (Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  4. Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan (hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  5. Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  6. Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran. (Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Pusat panggilan perkhidmatan: 1800 22 6600

Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak):

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version