Bantuan JKM Tarikh Bayaran Kewangan Bulan Oktober 2023 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Disebabkan pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Jadual Bayaran Bantuan JKM Oktober 2023
Bagi bulan Oktober, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Oktober 2023.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Oktober, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.
Maklumat seperti alamat, nombor telefon dan email bagi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) masing-masing boleh rujuk portal rasmi JKM berikut;
Klik DISINI
- Pilih negeri
- Pilih daerah
- Klik cari
Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Oktober 2023, ikuti langkah-langkah berikut;
- Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan
- Masuk no akaun bank
- Klik carian berdasarkan no. akaun bank
- Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/10/2023 sehingga 31/10/2023
- Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan
Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;
- Bantuan Kanak-kanak (BKK)
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
1) Permohonan Manual
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang permohonan yang berkaitan:
2) Permohonan Secara Online
Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.