Skip to content

Bantuan Insentif Khas RM250 Untuk Pasangan Pendapatan RM5000 Kebawah

Bantuan Insentif Khas RM250 – Terdapat dua jenis bantuan dikreditkan kepada penerima  bantuan iaitu bantuan yang dikreditkan setiap bulan ataupun bantuan yang dikreditkan secara ‘one-off’ atau sekali bayar. Kedua-dua jenis bantuan ini penting untuk sampai kepada golongan atau kategori yang disasarkan.

Dalam artikel ini akan diterangkan secara singkat mengenai salah satu bantuan secara ‘one-off’ atau sekali bayar yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri.

Bantuan Insentif Khas RM250

Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk pasangan di mana pihak pengantin lelakinya mendapat pendapatan setiap bulan RM5,000 dan ke bawah.

Namun begitu, ia semua tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Syarat-Syarat Kelayakan Insentif Khas

Setiap bantuan mesti disaring dengan syarat-syarat kelayakan tertentun bagi menjamin ketelusan dalam peoses penerimaan bantuan tersebut. Bagi insentif khas RM250 ini, berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Anda Tidak Layak

Untuk sesetengah kategori, anda tidak layak untuk memohon dan menerima bantuan ini. Berikut senarai-senarai punca anda tidak layak menerima bantuna Insentif Khas IKPP RM250 ini:

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

Jumlah Bantuan

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM250 secara ‘one-off’ atau sekali bayar.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan

Untuk memohon bantuan, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sedia dan sertakan kepada pihak kerajaan negeri. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang mestilah disertakan oleh pemohon:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon

Borang Yang Boleh Dimuat Turun

Terdapat borang yang anda perlu muat turun di website emunakahat Pahang. Berikut merupakan pautan untuk memuat turun Borang Insentif Khas Pasangan Pengantin: https://emunakahat.pahang.gov.my/fail/borangikpp.pdf

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau persoalan mengenai Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) ini. And boleh menghubungi pihak bertanggunjawab seperti maklumat di bawah.


Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang

Tel : 09-42711111

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version