Bantuan i-Fitri Perantau merupakan bantuan kewangan yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2023 nanti. Bantuan ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Bantuan i-Fitri Perantau
Bantuan i-Fitri Perantau akan dibuka bagi rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu.
Tarikh permohonan adalah bermula pada 6 April hingga 15 April 2023. (kemaskini)
Rujuk syarat kelayakan bantuan ini seperti di bawah:
SYARAT PERMOHONAN
- Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link) - Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
elaun). - Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
LAYAK memohon - PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
tinggal semasa. - Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan - Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
- PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
DOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN
Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan
- Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air
Tarikh Permohonan
BANTUAN I-FITRI PERANTAU
- Tarikh permohonan dibuka : 6 April 2023 (kemaskini)
- Tarikh akhir permohonan: 15 April 2023
Cara Permohonan
Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.
Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 19 Mac 2023 manakala pemohon bagi kategori PERANTAU boleh memohon mulai 1 April 2023.
HOTLINE NEGERI :
- 011- 5368 1120
- 011- 1526 5561
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2023 di SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.