Sama seperti tahun sebelumnya ketika pembentangan Belanjawan 2022, inisiatif e-Pemula buat belia pada tahun ini diteruskan lagi. Ianya telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.
Apa yang menarik e-Pemula pada tahun hadapan, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.
Bukan itu sahaja, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana mereka akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenainya.
E-PEMULA 2023
Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.
Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.
Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.
KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023
Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :
- e-Pemula Bujang : RM200
- e-Pemula M40 : RM200
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023
Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :
e-Pemula Belia
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
- Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas
e-Pemula M40
- Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000
Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.