Skip to content

Bantuan Bujang Terengganu Cara Mohon

Bantuan Bujang Terengganu : Bantuan untuk rakyat bujang di Terengganu adalah disediakan oleh pihak kerajaan negeri melalui sistem ibantuan Terengganu.

iBantuan Terengganu

iBantuan Terengganu ialah satu platform tunggal yang menyediakan akses kepada semua program bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Sistem iBantuan ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) untuk memudahkan semakan pemohon.

iBantuan Terengganu adalah sebuah Sistem i-bantuan yang digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu, dimana Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon.

Untuk maluman, setiap maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan
pemohon memohon melalui i-Bantuan. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan. Untuk mendaftar, kesemua pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan Nombor Kad Pengenalan PEMOHON. Dan, Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ibantuan ini.

Panduan Pendaftaran iBantuan

Bagi pemohon yang belum mendaftar, anda diwajibkan untuk mendaftar melalui sistem iBantuan tersebut. Namun sekiranya terdapat situasi atau masalah sila rujuk maklumat berikut. Selepas tekan DAFTAR, biasanya akan berlaku beberapa situasi seperti:

Situasi Pertama

Perkara 1 :
Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.

Perkara 2 :
Pemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B.

Perkara 3 :
Pemohon wajib ISI semua Maklumat dalam Borang PRT20 A & B, Kemudian hantar terus kepada JPKK atau
Pihak PKMD dalam tempoh permohonan.

Perkara 4 :
Selepas maklumat pemohon & keluarga diisi dalam Sistem PRT20, Pemohon kena ulang semula untuk daftar di dlm sistem iBantuan untuk mendaftar.

Situasi Kedua

Perkara 1 :
Pemohon Tidak Berjaya mendaftar kerana Pemohon BUKAN PENGUNDI TERENGGANU. Hanya Pemohon PENGUNDI berdaftar di NEGERI TERENGGANU sahaja yang akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.

Perkara 2 :
Sekiranya pemohon adalah pengundi berdaftar Negeri Terengganu, Pemohon boleh merujuk kepada Pusat Khidmat DUN

Situasi Ketiga

Perkara 1 :
Pemohon BERJAYA mendaftar kerana Maklumat Pemohon ada dalam sistem PRT20.

Perkara 2 :
Pemohon wajib ingat katalaluan (password) yang didaftarkan

Setelah pendaftaran akaun iBantuan telah selesai, anda boleh masuk ke akaun tersebut dan melihat senarai bantuan yang tersedia untuk permohonan.

Setiap jenis bantuan hanya dapat dimohon dalam jangka masa yang terhad.

Setelah log masuk ke akaun iBantuan, terdapat senarai bantuan yang boleh dimohon, dan anda boleh mengklik butang “Mohon”.

Harap baca dengan teliti syarat kelayakan untuk setiap program bantuan, kerana setiap program mempunyai syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh pemohon.

Bantuan Bujang Terengganu

Cara Memohon Bantuan

Contoh untuk memohon bantuan melalui sistem iBantauan:

Contoh Bantuan : Bantuan Ibu Tunggal atau Bantuan OKU

  1. Pemohon boleh memohon salah satu bantuan yang ingin di mohon, samaada Bantuan Ibu Tunggal atau Bantuan OKU berdasarkan syarat kelayakkan.
  2. Pemohon boleh tekan kotak ‘MOHON’ untuk teruskan permohonan

Perkara 1 :
Apabila Pemohon tekan ‘MOHON’, maka akan keluar syarat kelayakan memohon

Perkara 2 :
Pemohon wajib Baca dan menekan kotak ‘saya bersetuju dengan syarat-syarat ini’

Perkara 3:
Baru lah pemohon boleh ke halaman seterusnya dengan menekan kotak “BERIKUTNYA”

Sekiranya Permohonan GAGAL

Catatan: Sekiranya pemohon gagal, situasi adalah seperti berikut.

Perkara 1 :
Apabila keluar status “TIDAK BERJAYA” itu menunjukkan Maklumat Pemohon di dalam PRT 20 tidak di kemaskini.

Perkara 2 :
Pemohon boleh Muat Turun “BORANG KEMASKINI” atau rujuk kepada JPKK atau kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN

Perkara 3:
Pemohon boleh kemaskini maklumat, dan hantar Borang berkenaan ke PKMD untuk dikemaskini dalam sistem PRT2.

Perkara 4 :
Setelah selesai dikemaskini, Pemohon boleh ulang semula MEMOHON dalam sistem ibantuan.

Sekiranya Permohonan LULUS

Perkara 1 :
Sekiranya pemohon memenuhi syarat yang di tetapkan , maka system akan mengeluarkan borang permohonan.

Perkara 2:
Pemohon boleh Tekan Simpan & Cetak, Sekiranya maklumat yg dipaparkan adalah
BETUL & TEPAT. Borang permohonan ini wajib di simpan sebagai bukti permohonan, borang & lampiran yang lengkap PERLU DI HANTAR semasa Program Agihan Bantuan.

Perkara 3 :
Sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam borang tersebut “SALAH / TIDAK TEPAT”, maka Pemohon WAJIB mengemaskini Maklumat menggunakan “Borang Kemaskini PRT20”.

Setelah Berjaya Cetak Borang Permohonan, maka pemohon boleh lah meneruskan untuk melengkapkan lampiran yang diperlukan.

Jenis Bantuan

Sehingga tarikh Februari 2024, terdapat beberapa bentuk bantuan terhad yang disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Namun, terdapat pelbagai program dan faedah yang boleh berubah dari masa ke masa bergantung kepada dasar dan keperluan semasa kerajaan. Berikut adalah beberapa contoh bantuan yang biasanya disediakan:

  1. Bantuan Kewangan:
    • Program bantuan kewangan untuk golongan miskin dan memerlukan.
    • Bantuan khas untuk orang kurang upaya (OKU).
    • Skim pinjaman mikro untuk peniaga kecil dan usahawan.
  2. Bantuan Pendidikan:
    • Biasanya terdapat program bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan bantuan untuk menampung kos pendidikan.
  3. Bantuan Kesihatan:
    • Bantuan kewangan atau program kesihatan untuk golongan yang memerlukan rawatan atau ubat-ubatan.
  4. Bantuan Agrikultur:
    • Sokongan kepada komuniti pertanian untuk memajukan sektor pertanian di negeri tersebut.
  5. Bantuan Musim Banjir:
    • Bantuan khas untuk mangsa banjir, termasuk bantuan kewangan dan bantuan logistik.
  6. Bantuan Kemiskinan:
    • Program yang ditujukan kepada golongan miskin untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu, disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi seperti laman web kerajaan negeri, pejabat kerajaan tempatan, atau agensi-agensi yang berkaitan. Kemungkinan terdapat perubahan dalam dasar atau program bantuan, dan maklumat terkini adalah penting untuk mendapatkan gambaran yang tepat tentang bantuan yang boleh diakses oleh penduduk negeri Terengganu.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu sila layari portal iBantuan Terengganu di alamat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.