Bantuan BPT RM500 ini adalah bantuan penjagaan OKU terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sakit terlantar/ terlantar/ sakit kronik bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga dan menggalakkan penjaga/ keluarga untuk menjaga ahli keluarga yang Orang Kurang Upaya (OKU) sakit terlantar/ terlantar/ sakit kronik.
Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan BPT.
KADAR BANTUAN BPT
Berikut merupakan kadar Bantuan penjagaan OKU terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT):
- RM500 SEBULAN SEORANG
KELAYAKAN BANTUAN BPT
Berikut meruoakan kelayakan untuk Bantuan penjagaan OKU terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT):
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000; Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
- Salinan sijil kelahiran Ahli Keluarga/ Anak-anak yang tinggal bersama,
- Salinan Penyata Gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan BPT, sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:
- KLIK DISINI: PORTAL MANFAAT
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.