Bantuan Awal Ramadhan – Pelbagai pihak bertanggungjawab akan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Program ini dilaksanakan bagi membantu dalam meringankan bebanan kewangan terutamanya ketua keluarga yang kurang berkemampuan.
Table of Contents
JUMLAH AMAUN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Berikut merupakan jumlah amaun Bantuan Awal Ramadhan yang disalurkan kepada setiap ketua isi rumah :
- Ketua Isi Rumah (seorang / tunggal) akan menerima bantuan RM300;
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 2 atau 3 orang) akan menerima bantuan RM500; dan
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 4 orang dan ke atas) akan menerima bantuan RM700.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN
Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menetapkan syarat kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Merupakan golongan asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf atau individu yang memerlukan;
- Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan); dan
- Bermastautin di Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Antara objektif pemberian Bantuan Awal Ramadhan adalah untuk :
- Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
- Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
- Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
- Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima Bantuan Awal Ramadhan, Ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Layari pautan rasmi MAIDAM di sini : http://www.espmb.com/maidam_zakat/.
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan pada butang [Semak Penerima Bantuan Ramadhan].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 922002118899.
- Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Semak].
- Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ramadhan MAIDAM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.