Setiap pelajar yang memenuhi syarat di Malaysia akan menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150. Dianggarkan sebanyak 5.2 juta pelajar akan mendapat manfaat dari inisiatif yang dipersembahkan oleh kerajaan ini. Pengumuman ini telah dilakukan melalui kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan Oktober yang lalu.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai setiap tahun untuk memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam persediaan untuk sesi persekolahan pada tahun ini. Sertai perkongsian di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2024)
BAP 2024 atau lebih dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan merupakan salah satu bantuan kerajaan dalam membantu ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah agar dapat memenuhi segala keperluan anak-anak ketika sesi persekolahan bermula.
Dengan peruntukan sebanyak RM788,130,000 yang disediakan, ianya bakal memanfaatkan seramai 5,254,200 murid. Setiap murid pada sesi 2024 nanti akan menerima bayaran sebanyak RM150 tanpa tapisan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Menurut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan, bayaran bagi BAP ini akan mula disalurkan pada :
- JANUARI 2024
KADAR BAYARAN
Bagi kadar bayarannya pula, ianya adalah sama seperti bayaran tahun-tahun sebelumnya iaitu :
- RM150 seorang
SYARAT PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kerajaan Malaysia telah menetapkan beberap syarat untuk dipenuhi sebelum diberikan kepada mereka yang layak. Untuk kelayakan bantuan awal persekolahan 2024 adalah seperti dibawah :
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
- Pendapatan isi rumah kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan isi rumah kasar adalah pendapatan yang mengambil kira gaji asas dan elaun-elaun yang tetap. Elaun lebih masa dan elaun tidak tetap tidak dianggap sebagai pendapatan isi rumah kasar.
- BAP boleh diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat berkaitan bantuan ini akan dikemaskini mengikut pengumuman dari pihak yang berkenaan. Untuk membaca bantuan lain sila layari LINK INI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.