Bantuan Awal Persekolahan 2024 akan dikreditkan bermula Januari 2024. Setiap murid akan menerima pembayaran sebanyak RM150. Dengan jumlah ini boleh membantu meringankan beban kewangan ibu bapa.
Table of Contents
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024
Bantuan Awal Persekolahan 2024 dilaksanakan dengan memberi bantuan kepada setiap murid secara sekali bayar atau ‘one-off’. Hal ini dibentang semasa Belanjawan 2024.
Bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BAP akan mula disalurkan pada bulan Januari 2024.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Menurut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan, bayaran bagi Bantuan Awal Persekolahan ini akan mula disalurkan pada :
- JANUARI 2024
Ini adalah waktu yang ideal kerana ia berlaku sebelum pelajar mula sesi persekolahan yang baharu. Dengan demikian, ibu bapa akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk merancang perbelanjaan mereka dan memastikan anak-anak mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk belajar dengan baik.
KADAR BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kadar bayaran Bantuan Awal Persekolahan, ianya adalah sama seperti bayaran tahun-tahun sebelumnya iaitu :
- RM150 seorang
SYARAT KELAYAKAN
Walaubagaimanapun, bayaran Bantuan Awal Persekolahan ini hanya akan disalurkan kepada murid yang :
- Murid tersebut hendaklah Warganegara Malaysia.
- Semua murid adalah layak menerima RM150 tanpa melihat had pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan Awal Persekolahan BAP 2024 yang akan disalurkan nanti :
- Melalui sekolah
- Bayaran secara tunai
- Kedalam akaun masing-masing
KPM percaya Bantuan Awal Persekolahan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat berkaitan bantuan ini akan dikemaskini mengikut pengumuman dari pihak yang berkenaan. Untuk membaca bantuan lain sila layari LINK INI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.