Bantuan ANIS 2025 – Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan bantuan bagi golongan ini, iaitu melalui Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau singkatannya ANIS. Ini adalah maklumat lanjut tentangnya.
Bantuan ANIS 2025
Bantuan ANIS pada asasnya dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dan bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan mereka.
Objektif utama ANIS adalah seperti berikut:
- Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
- Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kadar bantuan ini pula ditetapkan dengan kadar berikut:
- RM1,000 : Pendidikan dan Pembelajaran (Pusat Terapi / Kelas Khas/ EIP).
- Maksimum RM1,200 : Ubat-ubatan, Makanan* dan Keperluan tambahan.
- Maksimum RM5,000 : Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin perubatan/ pembedahan (maksimum sehingga RM 5,000.00 berdasarkan dokumen sebut harga).
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pemohon (Ibu/bapa/Penjaga) & penerima manfaat adalah warganegara Malaysia;
- Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) adalah Pengundi Negeri Selangor;
- Penjaga merupakan ibu/ bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1973
- Penerima manfaat hendaklah berumur dibawah 18 tahun (lahir tahun 2006 dan kebawah)
- Penerima manfaat mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
- Keutaaman permohonan adalah kepada permohonan kali pertama;
- Keutamaan kelulusan permohonan adalah kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
- Borang permohonan dan Dokumen Sokongan akan diproses kelulusan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap dan berdasarkan kuota peruntukan.
Cara Memohon
Bagi yang layak, permohonan Bantuan ANIS boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasminya. Pemohon juga perlu melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang lengkap mengikut kategori permohonan seperti yang dinyatakan bagi tujuan semakan.
Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap, ia hendaklah dihantar bermula pada 7 April 2025 (8.30 pagi) sehingga 2 Mei 2025 (5.00 petang).
Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor
ATAU
Pusat Khidmat Masyarakat/ Pejabat ADUN yang berdekatan
Bagi yang diluluskan permohonan mereka, pembayaran akan mula dilaksanakan pada 25 Jun 2025 (Rabu).
Maklumat lebih terperinci serta lengkap berkenaan Bantuan ANIS boleh dilihat dan rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.