Bantuan Am Kerajaan sebanyak RM350 pada bulan Mei ini boleh dimohon oleh rakyat yang berada dalam golongan yang memerlukan.
Bagi setiap kelayakan boleh dan akan menerima bantuan sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan.
Ikuti maklumat yang dikongsikan dibawah. Informasi dan cara memohon turut diselitkan.
BANTUAN AM KERAJAAN PERSEKUTUAN
Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.
KADAR BANTUAN
Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :
- RM100 sehingga RM350 (Maksimum)
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :
- Sila ke web rasmi JKM iaitu :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
DOKUMEN SOKONGAN
Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Borang Berkaitan
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian”
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:
- Telefon : 03 8000 8000
- Faks : 03 8323 2045
- Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.