Bajet 2023, Ujian memandu percuma bagi lesen motorsikal Kelas B2, Teksi, Bas dan eHailing merupakan antara insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, butiran terperinci akan diumumkan dalam satu sidang media khas di mana beliau sendiri mengakui turut terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023.
Perdan Menteri berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing.
Bajet 2023 Objektif insentif
Insentif Ujian Memandu Percuma yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini rata-ratanya disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana menyedari kos mengambil lesen memandu yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah individu.
Tujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.
Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig.
Jenis ujian lesen memandu yang akan ditanggung kerajaan ;
- Lesen Motorsikal B2
- Lesen teksi
- Bas
- e-hailing
Harga lesen memandu
Harga mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut institusi pusat belajar memandu.
Sesetengah daripada pusat belajar memandu mungkin mengenakan harga yang sedikit mahal kerana didatangkan dengan pakej belajar sampai lulus, pengambil pelajar di rumah dan sebagainya.
Berikut merupakan julat harga mendapatkan lesen memandu di Malaysia:
- Motorsikal B2: RM380 – RM450
- Teksi/eHailing: RM245 – RM250
- Bas: RM 1170 – RM1417
Harga yang dikenakan juga mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai ujian lesen memandu percuma 2023 ini juga boleh diikuti di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.