Pembentangan Bajet 2023 telah berlangsung beberapa hari yang lalu. Dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera Bajet 2023 kali ini telah memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengumumkan dimana, Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 akan ditambahbaik kadar bayarannya.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian ringkas dibawah.
KADAR BAYARAN BAHARU BKM 2023
Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023 nanti, sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :
1) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (> 5 anak)
- RM2,500
2) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)
- RM1,000 – RM2,000
3) Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)
- RM500 – RM1,250
4) Golongan Warga Emas & Bujang
- Warga Emas – RM600
- Bujang – RM350
BKM Tambahan
Bantuan Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding tahun 2022 RM2,500.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.