Putrajaya: Pelakon juga pelawak, Along Cham, 42, memaklumkan dia tahu mengenai isterinya, Afreena Suhaimi hamil kira-kira tiga minggu ketika masih di dalam Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, berkata, dia bagaimanapun mengambil pendekatan berdoa kepada Allah dan menyerahkan segalanya.
“Saya dapat tahu pun perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serahkan kepada Allah.
“Saya cakap (doa) dengan Allah, saya tahajud. Saya cakap pada Allah, kalau kandungan itu, zuriat itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.
“Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Tanya Allah. Cuma, dia memang ada beritahu saya mengenai kehamilan itu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Along, dia bagaimanapun mengetahui mengenai keguguran Afreena selepas dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.
Terdahulu, Afreena juga ketika ditemui media di Mahkamah Sesyen Sepang, semalam tidak memberi komen berhubung dirinya yang dikatakan hamil dan keguguran.
Terdahulu, Along ditemui di perkarangan luar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap Afreena, di sini, hari ini.
Along hadir pada jam 11.45 pagi dengan ditemani ibu, Siti Habsah Kadir, 64, dan anak lelakinya, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, 14.
Along bertemu jodoh kali kedua dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas lapan tahun hidup menduda apabila bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila Saeron pada September 2016.
Sebelum itu, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas mahkamah melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Bagaimanapun Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Sumber Harian Metro
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.