Skip to content

Akaun 3 KWSP Boleh Dibuat Hari Ini

Akaun 3 KWSP – Pelaksanaan penstrukturan semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun melibatkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 akan bermula 11 Mei 2024.

Menurut laman web KWSP, simpanan dalam Akaun Fleksibel atau Akaun Tiga boleh dikeluarkan oleh ahli KWSP pada bila-bila masa mengikut keperluan tertakluk kepada terma dan syarat.

KWSP telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bakal berkuat kuasa pada 11 Mei 2024.

Menurut portal KWSP, akaun pencarum dibawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

  • Akaun 1 : Akaun Persaraan
  • Akaun 2 : Akaun Sejahtera
  • Akaun 3 : Akaun Fleksibel

Dalam pada itu, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel (turut disebut sebagai Akaun 3) akan bermula dengan baki sifar.

Cara Permohonan

Jelas KWSP, penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan.

Kata KWSP, ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tambah KWSP, permohonan pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan dan ahli boleh memohon pengeluaran Akaun Fleksibel melalui KWSP i-Akaun atau kaunter KWSP.

Cara-cara pemindahan

Cara-cara untuk membuat pemindahan online KWSP ini adalah seperti berikut.

  1. Login I-Akaun.
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

Jelas KWSP, bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera, baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah ditetapkan.

Semoga info ini bermanfaat.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version