SHAH ALAM – Kerja keras pelakon Aedy Ashraf selama 24 tahun akhirnya terbayar apabila berjaya menggenggam trofi Aktor Filem Popular pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) di sini, hari ini.
Aedy yang terkejut dengan kemenangan tersebut menitipkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang mengundinya sehingga berjaya membawa pulang trofi tersebut.
“Syukur dengan anugerah ini, terima kasih kepada peminat yang sokong
“Selama 24 tahun dalam industri, terima kasih ABP,” katanya.
Dalam kategori sama, Aedy mengalahkan pemenang trotfi Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 iaitu Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle. – Sumber KOSMO! ONLINE
Syafiq Kyle Terima Kekalahan
Pelakon Syafiq Kyle menerima keputusan kekalahannya menerusi kategori Aktor Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) dengan berlapang dada dan positif.
Syafiq berkata, dia menyifatkan kekalahannya itu kerana tiada rezeki sebaliknya menumpang gembira dengan penantian yang ditunggu-tunggu oleh Aedy Ashraf selama lebih dua dekad.
“Ini rezeki masing-masing. Setiap penganugerahan (filem) dalam Malaysia ini turut disertai oleh rakan-rakan saya.
“Walaupun seseorang itu aktif atau tidak berlakon, semuanya berbalik kepada rezeki. Saya anggap pembabitan saya dalam tiga filem tahun ini juga rezeki buat saya.
“Begitu juga dengan penganugerahan ini. Ianya diluar kawalan saya. Yang saya boleh tentukan adalah pandangan mengenainya. Apa yang seharusnya kita buat adalah beri galakan dan ucap tahniah kepada pemenang
“Saya gembira untuk Aedy. Dia pun sudah berada dalam industri ini selama 24 tahun. Anugerah itu selayaknya untuk dia,”‘katanya ketika ditemui sempena sesi penggambaran drama bersiri One Cent Thief 2 di Bandar Malaysia, di sini, hari ini.
Menurut Syafiq, walaupun tewas di tangan Aedy, dia menganggap kekalahannya itu sebagai satu persaingan sihat.
“Semalam saya ada menghubungi dia. Saya tumpang gembira. Saya pun sudah cukup bersyukur kerana tercalon dalam kategori sama.
“Pelakon lain yang tercalon juga adalah dalam kalangan senior saya. Kita patut raikan setiap yang tercalon.
“Menang atau kalah, industri kita tetap bergerak ke depan. Anggap ini persaingan sihat, jangan simpan perasaan negatif,”‘katanya.
Dalam masa sama, Syafiq melihat trofi kemenangan sebagai perkara subjektif dan mengaku lebih menghargai penghargaan secara verbal.
“Anugerah perkara subjektif. Penghargaan verbal juga pada saya satu anugerah. Orang panggil kita bekerjasama juga satu anugerah. Maksudnya mereka percaya dengan kita.
“Saya lebih memandang perkara itu berbanding penghargaan dalam bentuk trofi. Trofi ini cuma perlambangan kepada sesuatu. Ukhuwah dalam bekerjasama itu lebih utama.
“Tiada bezanya kalau kita menang, tapi kita tidak sumbangkan sesuatu kepada industri. Kalau kita kalah sekalipun, tapi kita menyumbang untuk perkembangan industri,” katanya.
Selain Syafiq, Aedy menewaskan tiga pencabar lain iaitu Kamal Adli, Bell Ngasri dan Pekin Ibrahim. – Sumber Metro
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.