Meletakkan kenderaan secara bertindih (double park) sering berlaku di kawasan parkir yang padat seperti hospital, kawasan perumahan, dan tempat kerja. Walaupun tindakan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan ruang parkir, ia sering menimbulkan pelbagai kesulitan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Nadia Hizam berkongsi pengalaman di Hospital Kajang, di mana cermin keretanya pecah dan terdapat kesan kemik pada kenderaan akibat tindakannya meletakkan kereta secara bertindih.
Nadia mengakui kesalahannya yang telah menyekat kenderaan lain dan kini sedang berusaha mencari saksi atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk mengenal pasti punca sebenar kerosakan tersebut.
“Saya admit saya salah,” kata Nadia dalam hantaran tersebut.
“Nak minta jasa baik sesiapa yang berada di hospital Kajang pada 11 November 2024, lebih kurang jam 1 hingga 3 petang, untuk menjadi saksi atau berkongsi rakaman jika ada,” tambahnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Susulan postingnya itu juga, aalah seorang pengikutnya tampil berkongsi video tular yang dimuatnaik pemilik akaun X @update11111.
Menerusi klip itu, warna dan model kenderaan adalah kelihatan sama dengan keretanya yang dipecahkan cermin.
Seorang pengguna Twitter, @ashpenat, menulis, “Kalau aku nampak pun aku tak nak jadi saksi. Anggaplah itu yuran kebodohan. Kalau nak, letak no handphone urgent nak block parking pastikan get ready terima call. Bukan bagi letak nombor untuk miscall 98 kali.”
Pengguna lain, @ssyuoh89, turut menyuarakan pendapat dengan menulis, “Siapa yang ada pada waktu dan tarikh berkenaan jangan bagi kerjasama biar perempuan bodoh ni susah dan kena keluar duit bayar. Haha padah menjadi bingai block kereta orang m****s la kau membayar cermin pecah tu.”
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.