Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025 – Sarawak umum Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan inisiatif baharu bantuan kewangan dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah,kerajaan Sarawak memperkenalkan initiatif terbaru iaitu Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) dengan peruntukan RM450 juta.
Mengulas lanjut, katanya SKAS dengan peruntukan RM450 juta pada tahun hadapan akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Syarat Kelayakan & Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan dan kelayakan adalah seperti berikut:
- Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
- Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250
Bantuan ini akan membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.
Tarikh Bayaran
Tarikh bayaran bantuan belum dimaklumkan. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sementara itu menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan pelbagai program kebajikan sosial untuk memupuk keluarga sihat, komuniti sejahtera dan inklusiviti sosial.
“Sebanyak RM15 juta diperuntukan untuk Dana Endowmen Sarawak dan RM14 juta bagi bantuan ibu bersalin,” jelasnya.
Beliau menambah, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kesihatan kepada 100,000 warga emas.
“Setiap warga emas yang layak akan berhak menerima bantuan perubatan tanpa tunai sebanyak RM500 untuk membayar bil perubatan mereka di klinik panel yang diluluskan,” kata Abang Johari.
Selain itu, Kerajaan Sarawak memperkenalkan bantuan kewangan khas untuk pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia dalam bentuk wang saku sebanyak RM1,200 setiap pelajar.
Sumber: TVS
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.