Saman road tax merupakan tindakan undang-undang yang diambil ke atas pemilik kenderaan yang gagal memperbaharui cukai jalan mereka.
Di Malaysia, cukai jalan atau road tax adalah wajib untuk memastikan setiap kenderaan yang beroperasi di jalan raya berada dalam keadaan yang sah dan mematuhi undang-undang pengangkutan.
Jika cukai jalan telah tamat tempoh tetapi kenderaan masih digunakan, pemilik boleh dikenakan saman oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun begitu, dengan kemajuan teknologi, proses pembayaran saman kini lebih mudah dan cepat, di mana pemilik kenderaan boleh menyelesaikan pembayaran secara online.
Artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai saman road tax serta cara-cara untuk membuat pembayaran secara online bagi memudahkan pengguna mematuhi undang-undang jalan raya.
Saman Road Tax Tamat Tempoh
Saman road tax tamat tempoh merujuk kepada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang didapati menggunakan kenderaan mereka tanpa cukai jalan yang sah.
Di Malaysia, road tax atau cukai jalan adalah wajib bagi semua pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan boleh digunakan secara sah di jalan raya.
Setiap kenderaan dikenakan kadar cukai yang berbeza, bergantung kepada jenis dan kapasiti enjin – semakin besar kapasiti enjin, semakin tinggi cukainya.
Apabila road tax tamat tempoh atau “mati,” pemilik yang terus menggunakan kenderaan mereka berisiko menerima saman daripada pihak berkuasa.
Terdapat beberapa agensi penguatkuasaan di Malaysia yang berhak mengeluarkan saman cukai jalan ini, termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengawal pendaftaran dan pelesenan kenderaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menangani pelbagai kesalahan lalu lintas, dan Pihak Berkuasa Tempatan yang juga boleh mengambil tindakan dalam kawasan tertentu.
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- JPJ adalah agensi utama yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan pendaftaran, pelesenan, dan cukai jalan.
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- PDRM juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman berkaitan kesalahan lalu lintas.
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Dalam beberapa kes, pihak berkuasa tempatan juga mungkin terlibat dalam penguatkuasaan peraturan lalu lintas di kawasan-kawasan tertentu dan boleh mengeluarkan saman berkaitan cukai jalan.
Denda yang dikenakan bagi saman road tax tamat tempoh adalah sebanyak RM300.
Oleh itu, memastikan cukai jalan sentiasa diperbaharui adalah penting untuk mengelakkan tindakan undang-undang dan mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia.
Cara Bayar Saman Road Tax Mati
Untuk pengetahuan anda, saman yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab ini terdapat dua jenis iaitu saman boleh kompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
Bagi saman boleh kompaun, anda boleh melakukan pembayaran secara atas talian melalui aplikasi MySIKAP atau secara fizikal di Kaunter JPJ berdekatan anda, dalam tempoh yang ditetapkan.
Manakala, bagi saman yang tidak boleh dikompaun anda harus menyelesaikan saman di Mahkamah seperti yang telah ditetapkan dalam notis saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ.
Daftar Masuk Kali Pertama
- Layari MySikap JPJ. Klik pada log masuk kali pertama dan inilah skrin yang anda akan nampak.
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Kemudian, klik pada butang “Teruskan”.
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar dan klik pada butang “Teruskan”.
- Pengguna akan menerima notifikasi pengesahan pendaftaran.
- Akhir sekali, pendaftaran berjaya dan pengguna akan menerima kata laluan sementara menerusi alamat e-mel pengguna.
- Anda sudah boleh log masuk MySikap JPJ login selepas itu
Cara Perbaharui Cukai Jalan
Setelah membayar saman road tax mati, perkara pertama yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan daripada di saman lagi adalah dengan memperbaharui cukai jalan tersebut.
Pembaharuan cukai jalan ini boleh anda lakukan sama ada secara fizikal atau pun secara atas talian seperti yang dinyatakan di bawah:
- Secara Fizikal di:
- Kaunter JPJ
- JPJ Mobile
- Kios JPJ
- Secara Atas Talian (Online) di:
- Aplikasi MyJPJ
- MySIKAP
Untuk maklumat terperinci berkenaan cara memperbaharui cukai jalan ini, boleh baca di SINI:
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.