Program Payung RAHMAH 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Program Payung RAHMAH diteruskan untuk tahun 2025 semasa pembentangan belanjawan 2025.
Pelaksanaan ini diharap dapat membantu golongan B40 dalam mendepani kenaikan kos sara hidup untuk membeli barangan keperluan harian dan sebagainya.
Program Payung RAHMAH
Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan program program ini bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup di dalam negara.
Inisiatif program ini merupkan cetusan idea daripada Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Konsep program adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi MADANI, telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.
Program yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini akan terus diperkasakan susulan daripada hasil dapatan Kajian Impak Program Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh KPDN dari September hingga November 2023 tahun lalu.
Antara dapatan kajian adalah 81 peratus daripada responden berpuas hati dengan pelaksanaan program tersebut, selain sebahagian berpendapat program berkenaan perlu ditambah baik.
Pelaksanaan Payung RAHMAH 2025
Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk program ini menenerusi Belanjawan 2025.
Peruntukan tersebut meningkat RM100 juta berbanding RM200 juta pada tahun ini.
Salah satu daripada inisiatif program ini iaitu Jualan RAHMAH akan terus diperhebatkan dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan.
Inisiatif Di Bawah Payung RAHMAH
Program ini membabitkan empat inisiatif iaitu Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH bagi menyantuni golongan B40.
I) MENU RAHMAH
Program Menu RAHMAH adalah program atau inisiatif baru KPDN bersama rakan strategik yang terdiri dari Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) Dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos Sara hidup terutama Golongan Miskin Tegar di kalangan B40.
Pengusaha kedai makanan dan restoran yang menyertai Program Menu Rahmah telah bersetuju menyediakan makanan harian (samada makan tengahari atau malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan.
Lazimnya, hidangan dalam Menu RAHMAH ini mengandungi satu sumber protin samada ayam atau ikan Dan satu jenis sayur.
II) BAKUL RAHMAH
Inisiatif Bakul RAHMAH merupakan inisiatif yang menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian (barangan kering) seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu pekat, mihun dan telur ayam.
Program ini disumbangkan oleh rakan strategik kepada kumpulan sasar pada setiap bulan melalui program Tanggungjawab Soslal Korporat (CSR).
Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Yayasan Global Mesra
- Yayasan Al-Manjie
- Yayasan Rahmah Malaysia
- Petronas 99
- Speedmart Sdn Bhd
- Lazada
- Grab Malaysia
- TF Value
- Giant Hypermarket
- Mydin
- AEON Big
- KK Mart
III) JUALAN RAHMAH
Program Jualan RAHMAH adalah sebuah program yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.
Program ini menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% – 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah dan dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.
IV) PAKEJ RAHMAH
Pakej RAHMAH adalah program yang membolehkan golongan B40 membeli barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.
Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama pasar raya besar di seluruh negara, membabitkan 10 hingga 12 barangan keperluan asas.
Pakej ini adalah satu lagi inisiatif khusus bagi rakyat termiskin, yang digerakkan melalui libat urus dengan pasar raya besar di negara ini.
V) KAFE RAHMAH
Kafe RAHMAH merupakan kafe di dalam universiti awam dan swasta yang menawarkan menawarkan Menu RAHMAH kepada pelajar di pusat pengajian berkenaan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang program ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Layari laman web KPDN iaitu https://www.kpdn.gov.my/ms/ untuk info selanjutnya
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.