Skip to content

PLKN 3.0 : Fasa Latihan, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan

PLKN 3.0 – Program Latihan Khidmat Negara akan diteruskan dengan kerangka yang baharu.

Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini? Apakah pula pembaharuan yang akan dilaksanakan nanti?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025

PLKN 3.0

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menyatakan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa iaitu:

 Fasa Pra PLKN
 Fasa Latihan Asas
 Projek Rintis
 Fasa Latihan Asas di IPTA

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Kerajaan bersetuju untuk menerapkan konsep dan format baru bagi PLKN 3.0 ini. KPT dan KPM memuktamadkan proses menyedia serta merangka modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.

PLKN tersebut juga akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.

Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).

Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Manakala modul asas kenegeraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat lalu.

Siapa Yang Terlibat?

Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:

1. Fasa Latihan Pra PLKN

Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.

2. Fasa Latihan Asas PLKN

Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.

3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan

Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.

Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya pembabitan had usia 35 tahun dalam program ini.

Sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun.

PLKN 3.0

Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang lahir pada 2007 saja akan menjalani program ini.

Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Sumber: @501awani

Sumber: Buletin TV3, Astro Awani, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Lokasi

Lokasi latihan melibatkan 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagi fasa asas di IPTA, ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027. Ia djangka dimulakan pada April 2026.

Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun dan Julai tahun 2025.

Projek rintis yang bermula pada Jun dan Julai 2025 bakal melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta.

Maklumat Lanjut PLKN 2024/2025

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.