STR Fasa 4 2024 – Untuk makluman anda, bayaran STR Fasa 4 tahun ini akan disalurkan pada bulan November 2024.
Berikut adalah perkongsian sedikit tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2024 ini.
STR Fasa 4 2024
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Nama penuh STR adalah Sumbangan Tunai Rahmah.
Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARa) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
Kaedah Pembayaran
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4
TERKINI : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah bermula pada 7 November 2024.
Perkara ini diumumkan oleh PMX semasa pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- Fasa 4 : 7 November 2024
Mereka yang bekeluarga akan menerima RM150 hingga RM700. Warga emas pula RM150. Manakala golongan Bujang akan menerima RM100.
Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN
Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 7 November 2024.
Notis terkini oleh BSN akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Jumlah Bayaran Setiap Kategori
Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR tahun 2024 mengikut setiap kategori:
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.