Skip to content

Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI

Bantuan Dana SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan Dana SejaTi MADANI kepada semua rakyat Malaysia yang layak.

Program ini merupakan satu bentuk program bantuan Kerajaan yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah:

  • Memperkasa aktiviti ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan setempat.
  • Mengangkat martabat ekonomi komuniti supaya dapat menghasilkan pendapatan yang lebih bermakna.
  • Menggalakkan komuniti untuk lebih proaktif dalam merancang program yang dapat merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.
  • Memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat.

“Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang / masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah:

  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
  • Komuniti Rumah Panjang.
  • Komuniti Kampung Orang Asli.
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah / Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).
  • Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.

Hanya satu (1) permohonan yang akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.

Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI Tahun 2024

Permohonan SejaTi MADANI kini dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.

Permohonan Dana SejaTi MADANI ini adalah percuma dan terbuka kepada komuniti yang layak. ICU JPM tidak mengenakan sebarang cas / fi bagi permohonan Dana SejaTi MADANI.

Komuniti dinasihatkan untuk merujuk garis panduan dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan.

Permohonan bantuan dana sejati madani

Syarat Kelayakan Permohonan

Program yang dipohon hendaklah program / aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

5 sektor utama tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pertanian Dan Makanan.
  2. Jahitan Dan Kraf Tangan.
  3. Herba Dan Kesihatan.
  4. Pelancongan Dan Hospitaliti.
  5. Aktiviti Hijau Dan Kitar Semula.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan berikut:

Permohonan Dana SejaTi MADANI Disini

Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di

  • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), atau
  • Pejabat Daerah, atau
  • Pejabat Residen, atau
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan bantuan Dana SejaTi MADANI ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.