Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024 – Mahasiswa anak Negeri Sembilan yang sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dialu-alukan memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2024.
Berikut adalah info dan cara memohon bantuan ini.
Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan
Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan insiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan.
Penerima yang layak bakal menikmati bantuan RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
Sebelum 2022, mahasiswa yang layak akan menerima bantuan RM1,200 setahun.
Kenaikan jumlah bantuan ini dibuat akibat berlakunya kenaikan harga barang sehingga terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukakan); atau
- Sekiranya bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (sila kemukakan sijil tamat berhenti Sekolah Rendah dan Menengah).
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja (sepenuh masa).
- Terbuka kepada pemohon semester 1 hingga tamat pengajian (semester akhir)
- Ibu bapa yang mendaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak memohon BSH (pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.00 golongan B40).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan https://forms.gle/fkiZZ2UppMHHnVJF7.
- Klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:
- Borang Borang Pemastautin Negeri Sembilan (BORANG YNS 1/B) https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/borang_pemastautin.pdf
- Borang Akuan Pengesahan Pendapatan (BORANG YNS 3/C)
https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/PENGESAHAN_PENDAPATAN_YNS_3Cdocx.pdf - Borang Pengesahan Belajar 2024 (BORANG YNS 2/A)
https://www.yns.gov.my/v7/images/2024/UPI/MayUpdate/BORANG_PENGESAHAN_BELAJAR_YNS_2A_MEI2024.pdf
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.