Cara Renew Lesen GDL Online 2024 – Pemegang lesen GDL perlulah tahu cara untuk renew lesen GDL ini kerana lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun.
Lesen GDL
Goods Driving License (GDL) merupakan lesen yang membolehkan seseorang individu itu membawa kenderaan perdagangan.
Lesen GDL ini juga dikenali sebagai Lesen Memandu Vokasional, bersama-sama dengan lesen Public License Vehicle (PSV) bagi pemandu perkhidmatan pandu-seru seperti Grab.
Syarat-syarat Renew Lesen GDL
Berikut merupakan syarat-syarat memperbaharui (renew) lesen GDL:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
- Tidak disenaraihitamkan;
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
- Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
Seperti yang dinyatakan dalam laman web rasmi JPJ, harga untuk renew lesen GDL adalah RM20 sahaja.
Lesen GDL ini hanya boleh diperbaharui untuk tempoh maksimum 1 tahun sahaja.
Cara Renew Lesen GDL Online
Sehingga saat ini, proses renew lesel GDL hanya boleh dilakukan secara manual sahaja seperti yang dinyatakan di bawah.
Berbanding lesen kompetan, lesen GDL tidak boleh diperbaharui secara online.
Pastikan lesel GDL akan tidak tamat dalam tempoh yang terlalu lama bagi mengelakkan lesen tersebut dibatalkan.
Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
- Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Cara Perbaharui Lesen GDL Secara Manual
Proses renew lesen GDL anda boleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ.
Anda hendaklah menghadirkan diri bersama-sama dengan dokumen yang disenaraikan di bawah.
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi proses renew lesen GDL, anda hendaklah membawa bersama-sama dokumen di bawah ini:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Bayaran RM20.00/tahun;
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura);
Seperti yang dinyatakan di atas, setiap individu yang ingin memperbaharui lesen perlulah membawa bersama-sama borang Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8).
Untuk memuat turun borang JPJL8 terkini, sila muat turun melalui laman web JPJ dari pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-vokasional-jpj-l8a
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.