Cara Mohon Bantuan RM1000 – Permohonan untuk bantuan kanak-kanak kini boleh dibuat jika mereka memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Perlu diingat bahawa bantuan kanak-kanak di Malaysia akan menerima bayaran minimum RM150 sehingga RM1000 setiap keluarga.
Table of Contents
Kanak-kanak di Malaysia akan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk membantu :
- Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
JUMLAH BAYARAN
Sekiranya kanak-kanak tersebut layak, berikut adalah kadar bayaran mengikut umur :
- Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
- RM200 seorang anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan
TARIKH BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK
Bayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan. Ini bermakna, bayaran bagi Bantuan Kanak-Kanak pun turut telah dikreditkan.
SYARAT KELAYAKAN
Setiap permohonan bantuan kanak-kanak ini, pastikan pemohon tersebut memenuhi kriteria kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon bantuan ini :
Langkah 1 (Atas Talian)
- Sila ke portal rami JKM iaitu : JKM – Bantuan Kanak-Kanak
- Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
- Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
- Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
- Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”
Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)
- Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
- Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
- Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
- BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
- BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN
Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.