Kadar Dividen SSPN 2023/2024 dan Semakan Penyata Terkini – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2024 sebanyak 3.60 peratus.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia akan memberi manfaat kepada 6.52 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dan membabitkan anggaran peruntukan RM357.65 juta.
Katanya, pemberian dividen lebih tinggi ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintigriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.
Pengagihan Dividen SSPN 2024 Bagi Tahun Kewangan 2023
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan agihan dividen di penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai 6 April 2024 (Sabtu).
Untuk makluman dividen SSPN 2023 adalah 3.60%.
Dividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Dividen ini naik 0.55 peratus berbanding tahun 2022 yang lalu.
Semakan Penyata SSPN
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN mulai 6 April 2024. Sila layari https://www.sspn.com.my/ untuk membuat semakan.
Laman web SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain.
Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar SSPN Online sila klik “Semakan Penyata” untuk akses.
Semakan juga boleh dilakukan secara manual dengan hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
Cara Daftar SSPN
Bagi yang belum ada akaun SSPN dan berminat untuk mendaftar untuk anak-anak, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi SSPN melalui pautan https://www.sspn.com.my/
- Klik butang daftar. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus atau SSPN Plus.
- Isikan maklumat anda selengkapnya.
- Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456
- Sila sahkan kata laluan yang digunakan.
- Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
- Setelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook PTPTNOfficial https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
- Facebook MOHEOfficial https://www.facebook.com/MOHEOfficial
- Youtube PTPTN TV https://www.youtube.com/@PTPTNTV
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.