Cara Mohon Bantuan e-Wallet RM300 – Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor tang dikenali sebagai BINGKAS.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Bantuan ini diberikan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Bantuan e-Wallet RM300
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.
Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.
Cara Mohon Bantuan e-Wallet RM300
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Maklumat Lanjut e-Wallet RM300
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.