STR Fasa 2 Bayaran Telah Dikreditkan Secara Berperingkat mengikut bank masing-masing. Sejak semalam pemegang akaun BSN telah mula menerima bayaran STR Fasa 2.
Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum ini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
STR FASA 2
STR Fаѕа 2 аkаn mеmbаntu meringankan beban kos ѕаrа hіduр 8.7 jutа penerima dеngаn реruntukаn dіѕеdіаkаn hаmріr RM8 bіlіоn.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Seperti yang telah diumumkan kelmarin, bayaran ini akan mula dikreditkan pada :
- 3 APRIL 2024 (RABU)
“Selain dikreditkan ke dalam akaun penerima, sumbangan tersebut akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat- peringkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.” Perdana Menteri.
BAYARAN MULA DIKREDITKAN
Menerusi perkongsian di media sosial seperti Facebook, ramai mendakwa bayaran STR Fasa 2 ini telah mula dikreditkan ke akaun BSN.
SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nom MyKad Pemohon
- Pengesahakan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan
- StatusMaklumat yang akan dipaparkan
- Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jikas Ada)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.