eKasih 2024 merupakan portal yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di negara.
Sistem ini direka bentuk untuk menyokong kementerian atau agensi yang berminat dalam kerja pembasmian kemiskinan. Dengan sistem ini, bantuan dapat diagihkan kepada golongan miskin dengan lebih cekap dan berkesan.
Kaedah Pendaftaran eKasih 2024
Bagi anda yang ingin melakukan pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui:
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Warganegara.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri
Semakan Status Permohonan eKasih 2024
Sekiranya anda telah mendaftar, anda boleh menyemak status permohonan anda secara online melalui portal eKasih dengan cara berikut:
- Lawati Portal e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- Masukkan nombor ID anda
- Tekan “Klik untuk Cari”
Objektif eKasih 2024
eKasih ialah sistem pangkalan data komprehensif isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau projek kemiskinan.
Data Dalam Portal eKasih
Sistem ini merupakan pangkalan data kemiskinan negara yang mengandungi maklumat tentang kemiskinan seperti:
- maklumat peribadi
- bantuan yang diterima
- agensi bantuan
- Meminta bantuan
- Pantau keberkesanan bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih mengandungi maklumat berikut mengenai ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR):
- Maklumat asas
- Maklumat lokasi
- Maklumat kediaman
- Maklumat pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Maklumat hak harta
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendapatan dan bantuan.
- Cara-cara pendaftaran
Jenis bantuan di bawah eKasih 2024
Melalui sistem eKasih, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu yang layak dengan mudah dan teratur. Berikut adalah jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih:
1. Sumbangan SARA 2024
Jika nama anda tersenarai di portal ini, anda layak menerima elaun sara hidup bsh 2024, sehingga RM1,200 setahun.
2. Bantuan iSuri KWSP
Bagi individu yang layak untuk sistem ini dan anda dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Semakan KWSP Homemaker, anda sebagai isteri secara automatik akan menerima sumbangan KWSP Homemaker anda atas nama Skim Insentif Sukarela (SURI).
3. Bantuan untuk ibu tunggal dan warga emas
Banyak bantuan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang layak berdasarkan senarai di bawah sistem semakan e-kasih ini
4. Bantuan OKU dan anak yatim
Setiap kali kerajaan mengumumkan bantuan kepada orang kurang upaya atau anak yatim, ia biasanya merujuk kepada senarai dalam pangkalan data e-Kasih terlebih dahulu dan memberi keutamaan kepada dana bantuan.
5. Bantuan Akademik
Pelajar yang nama ibu bapanya lulus cek eKasih 2024 sebelum sekolah bermula akan menerima bantuan akademik
6. Bantuan STR
Sekiranya anda telah mendaftar untuk eKasih 2024, permohonan STR anda akan lebih mudah diluluskan. Pastikan anda hanya mendaftar untuk bantuan STR.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
• Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
• Email : [email protected]
• Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.