Bantuan RM2000 dikreditkan ke akaun pada 23 Februari 2024 ini kepada semua penjawat awam di seluruh Malaysia.
Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,000 dan RM1,000 kepada para penerima berikut:
- RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, bayaran RM1,000 juga akan disalurkan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Insentif ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Apa yang pasti, bantuan ini akan disalurkan secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Tarikh pembayaran pula adalah pada 23 Februari 2024 dan akan dikreditkan secara ‘one-off’. Tujuan utama tarikh itu dipilih adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Kaedah Pelaksanaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2024 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan melalui laman rasmi DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.