Bantuan Khas Kewangan adalah salah satu dari pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Bantuan Khas Kewangan RM1000
Bagi tahun 2024 ini, di bawah Belanjawan Madani 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Bantuan Khas Kewangan ini akan melibatkan pengkreditan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 dan RM2,000 kepada para penerima di bawah:
- RM1,000: Kepada para pesara Kerajaan, termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
- RM2,000: Kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Dalam masa sama, sumbangan tunai RM1,000 juga akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.
Sumbangan kewangan ini diperkenalkan bersempena dengan usaha semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran sumbangan kewangan ini akan dibuat pada akhir Februari 2024. Tarikh itu dipilih bagi meringankan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti.
Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Untuk mengetahui maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.