Jabatan Penerangan Malaysia ada memuat naik beberapa informasi yang berguna kepada rakyat dan masyarakat.
Informasi-informasi tersebut berkaitan dengan keselamatan diri dan siber, berkaitan dengan kesihatan dan beberapa maklumat menarik.
Pihak Mynewskini berkongsi maklumat yang bermanfaat dan berguna untuk kita sebagai rakyat Malaysia.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Objektif wawasan kemakmuran bersama 2030:
- Pembangunan untuk semua – Menstruktur semula ekonomi yang lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.
- Menangani jurang kekayaan dan pendapatan – Menangangi jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan.
- Negara bersatu, makmur dan bermaruah – Menjadikan sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.
Langkah Semak Berita Palsu
Dengan teknologi yang semakin pesat dan membangun, pelbagai info dan berita yang tidak benar telah tersebar dalam platform media sosial dan juga sebagainya.
Penyebaran berita tidak benar menjatuhkan maruah diri, ramai panik dan mengalami masalah kesihatan mental kerana bimbang berlebihan akibat percaya kepada berita palsu sensasi yang tidak tahu hujung pangkal dari mana datangnya.
Sekiranya anda tidak pasti info dan berita tersebut, sila layari https://sebenarnya.my/ untuk semakan dengan lebih terperinci.
Berikut merupakan langkah yang kita boleh ambil tindakan sebelum berkongsi info dan berita yang tidak pasti.
- Semak
- Semak sebelum sebar, tidak pasti jangan kongsi.
- Kongsi sesuatu berita jika tertera sumber yang sahih dari pihak berautoriti dan akhbar berita tempatan.
- Manfaat sesuatu berita
- Ambil masa dan berfikir seketika menilai sejauh mana sesuatu berita yang di terima memberi manfaat atau pun tidak.
- Jika tidak sahih dan tidak bermanfaat, abaikan sahaja, batalkan niat atau hasrat untuk kongsi kepada orang lain.
- Unsur sensasi dan emosi
- Untuk menampakkan sesuatu berita palsu itu kononnya lebih nyata dan benar, ia akan dimanipulasikan penceritaan berbaur sensasi dan emosi.
Gunakanlah portal sebenarnya.my untuk menangani gejala penularan berita palsu dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
Maklumat palsu amat mengganggu, oleh itu waspada sentiasa dan periksa sesuatu maklumat sebelum mempercayainya. Dengan S.U.R.E anda boleh menilai maklumat yang di baca.
- S – Sumber (Source), lihat sumber maklumat adakah ia boleh di percayai
- U – Faham (Understand), fahamkan apa yang anda baca, cari fakta dan bukannya pendapat.
- R – Selidik (Research), buat pencarian lebih mendalam melangkaui sumber awal.
- E – Nilai (Evaluate), semak berita yang sama dari pelbagai sumber.
Waspada Ancaman Siber
Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan penceroboh yang cuba mencuri maklumat peribadi anda!
Ikuti tips di bawah sebagai langkah keselamatan.
- Matikan komputer dan alat sambungan internet apabila tidak di gunakan.
- Kemas kini kata laluan anda dengan menggunakan kombinasi huruf, nombor dan aksara istimewa.
- Waspada emel yang mencurigakan sekiranya anda terima.
- Jangan klik pautan (link url) yang tidak di kenali.
- Kemas kini firewall dan antivirus.
- Jangan buka emel yang mencurigakan.
- Putuskan sambungan internet sekiranya terdapat ‘permintaan ping’.
- Jangan lawati laman web yang meragukan
- Putuskan sambungan komputer, internet sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan.
Jangan Abai Pengawasan Anak
Agensi kerajaan dicadang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan bagi mengadakan lebih banyak kempen kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga berhubung tindakan undang-undang.
Untuk makluman, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang cuai dan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya.
Ibu bapa dan penjaga yang cuai dan tinggal anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh di dakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya.
Oleh itu, ibu bapa dan penjaga harus sentiasa awasi anak atau jagaan dengan baik.
K-KOMM Lancar Geran Kandungan Digital
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melancarkan Geran Kandungan Digital (DCG) bagi 2022 dan permohonannya dibuka sehingga 30 April ini.
Syarikat berminat boleh melayari laman sesawang https://mdec.my/DCG untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Geran Kandungan Digital (DCG) merupakan inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak dari tahun 2016.
Antara siri geran terawal direka khas untuk industri kreatif digital.
DCG sasar bantu pencipta kandungan kreatif digital tempatan:
- Bangunkan kandungan baharu.
- Memasarkan dan melesenkan IP seperti kandungan animasi, media interaktif dan permainan digital.
Permohonan boleh dibuat bermula 21 – 30 April 2022.
Syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum RM20,000 adalah di galak untuk membuat permohonan.
Boleh pilih antara:
- Geran untuk kos pembangunan sehingga RM300,000, atau,
- Kos pemasaran dan pelesenan IP sehingga RM500,000.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman sesawang rasmi MDEC di sini https://mdec.my/DCG
Info Terkini Dos Penggalak Ke-2
- Warga emas penuhi kriteria akan menerima pautan tempahan secara berperingkat mulai 22 April 2022 dalam aplikasi MySejahtera.
- Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang sihat perlu bincang dengan pengamal perubatan jika ingin mengambil dos penggalak kedua.
- Individu 18 tahun dan ke atas yang ingin ke luar negara boleh di beri dos penggalak kedua, sekurangnya selang sebulan dari dos penggalak pertama.
- Remaja (12-17 tahun) yang berada dalam kategori ‘moderate or severe immunocompromised’ layak terima dos tambahan.
Sumber media sosial Facebook Jabatan Penerangan Malaysia
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.