Cara tebus e-Tunai RM100 eMadani dikongsikan di halaman ini. Sila semak maklumat untuk memudahkan penebusan nanti.
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah
kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping
meringankan beban kewangan rakyat.
Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit
eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih
E-Tunai RM100 eMADANI
E-Tunai RM100 eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.
Tarikh Penebusan eMadani
Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Syarat Kelayakan e-Tunai RM100 eMadani
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Cara Tebus e-Tunai Melalui MAE
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:
Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’
Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!
Tempat Berbelanja e-Tunai RM100 eMadani
RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian. RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:
- Pemindahan rakan ke rakan
- Penebusan tunai
- Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
- Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
- Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
- Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
- Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
- Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
- Transaksi QR merentas sempadan
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
- Setel: Emel ke [email protected]
- ShopeePay: +603-2777 9222 atau
- Touch ‘n Go eWallet: +603-2714 8888
Klik untuk Soalan-Soalan Lazim RM100 eMADANI yang penuh klik pautan link : BM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.