Bantuan SARA telah dikreditkan ke dalam MyKad. Bayaran tambahan untuk penerima STR bermula hari ini sekiranya penerima tersebut menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ketika Belanjawan 2023 lalu, penerima STR yang layak akan terima bayaran tambahan RM100 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan berturut-turut.
Bantuan SARA RM1,200
Mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Bayaran
Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan STR Tambahan RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu :
- Julai (Telah dikreditkan)
- Ogos (Telah dikreditkan)
- September (Telah dikreditkan)
- Oktober (Telah dikreditkan)
- November (Mula dikreditkan)
- Disember
Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.
Cara Pembayaran
Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).
Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.