PROTON S70 telah diperkenal di Tanjong Malim di suatu upacara yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob. Diberi nama Proton S70 serta tagline “Intelligence that Evolves”, sedan baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan tramissi 7-kelajuan DCT.
Ia juga bakal membantu PROTON kembali ke pasaran sedan keluarga dengan kerjasama Geely, dan pra-tinjauan pelanggan bermula pada 11 November 2023.
Berikut dikongsikan info yang diperolehi tentang ProtonS70 untuk makluman bersama
Tarikh Pelancaran Proton S70 Di Malaysia
S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di Malaysia bermula 11 November lalu.
Menurut sumber ada 3 model dibuka untuk booking iaitu Premium, Flagship and Flagship X.
Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.
Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 nanti Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S70 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.
Gambar-gambar yang kembali viral di media sosial sejak beberapa hari ini dikhabarkan diilhamkan oleh seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang telah memanipulasi rekaan model Proton S70 tersebut.
Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.
Ini menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.
Spesifikasi Ringkas & Pilihan Warna
- Enjin 1.5 liter turbo
- Transmisi DCT
Terdapat 3 model dibuka untuk tempahan iaitu
- 1.5T Executive
- 1.5T Premium
- 1.5T Flagship
- 1.5T Flagship X (didatangkan dengan sunroof)
Lihat penerangan bagi setiap varian melalui lampiran di bawah:
Bagi pilihan warna pula, model ini ditawarkan dengan beberapa warna bergantung kepada varian.
Antara pilihan warna yang ditawarkan bagi setiap model termasuklah :
- Snow White
- Armour Silver
- Space Grey
- Passion Red
- Marine Blue
- Teal Bayou Green
- Quartz Black
Tempahan kini sudah dibuka di semua cawangan Proton, dengan yuran RM500 sahaja.
Layari : https://www.proton.com/ dan dapatkan update terbaru di Facebook Rasmi Proton Cars
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.